6 kebaikan Vitamin C yang anda perlu ketahui

Kebaikan Vitamin C

6 Kebaikan vitamin C

 

Umum mengetahui kebaikan Vitamin C adalah untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Ianya adalah sejenis vitamin yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Namun, adakah setakat itu sahaja kebaikan vitamin C? Sudah tentu tidak. Jom kita baca manfaat pengambilan vitamin C yang jarang diketahui.

 

1.Menyegarkan dan menyerikan wajah

Kalau korang nak tahu, pengambilan Vitamin C memberikan kesan positif pada kulit wajah. Ianya menjadi rahsia kepada wajah yang lebih glowing dan segar. Isi utama kolagen adalah Vitamin C. Metabolisma kolagen bertanggungjawab untuk kesihatan, menyerikan dan menjadikan wajah kelihatan muda. Kebaikan Vitamin C pada kolagen menjadikan wajah lebih bersinar dan menghilangkan kekusaman. Kolagen yang stabil di dalam badan boleh membantu menghalang kedutan pada wajah dan menyamakan tona kulit yang tidak sekata.

 

2.Penghasilan kolagen yang lebih banyak

Kolagen adalah protein yang memberikan struktur bukan sahaja pada wajah, tetapi juga kulit secara keseluruhannya. Ianya bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin supaya ianya dapat memberikan fleksibiliti pada kulit. Apabila tubuh kehilangan kolagen, ini menjadi penyebab kepada struktur kulit menjadi tidak tegang, berkedut dan mula meregang. Vitamin C dapat membantu penghasilkan kolagen. Dengan vitamin C, kulit akan menjadi gebu kerana kolagen yang terhasil menjadikan wajah awet muda dan mengurangkan kedutan. Bukan itu sahaja, tona kulit yang tidak sekata juga dapat dikurangkan.

 

3.Membantu kekurangan vitamin C dalam badan

Walaupun Vitamin C amat diperlukan oleh tubuh badan, namun badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Ini bermakna kita perlu mendapatkan khasiat Vitamin C daripada sumber makanan. Diantara sumber makanan yang boleh menjadi penyumbang kepada Vitamin C adalah jambu batu, oren, kiwi dan strawberi, brokoli dan tomato.

 

4.Meningkatkan sistem imun badan

 Vitamin C juga adalah sejenis anti-oksida yang boleh meningkatkan sistem imun. Ianya boleh melindungi sel daripada molekul bahaya yang dipanggil radikal bebas. Apabila radikal bebas tidak dapat dikawal, ianya akan menyebabkan kulit berada dalam keadaan yang dipanggil tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C boleh meningkatkan anti-oksida dalam badan sebanyak 30 peratus. Ianya dapat membantu badan untuk melawan penyakit secara semula jadi.

 

5.Membantu penyerapan zat besi

Vitamin C terbukti membantu penyerapan zat besi yang diperlukan dalam badan. Fungsi zat besi pula adalah membentuk hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. Makanan yang anda makan tidak menentukan berapa banyak zat besi yang mampu diserap. Hal ini kerana, tidak semestinya setiap zat besi yang terdapat dalam makanan dapat diserap ke dalam badan. Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Vitamin C ‘menangkap’ zat besi dan menyimpannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diserap oleh badan.

 

6.Menyeimbangkan pertumpuhan melanin

Melanin adalah pigmen kulit. Ianya wujud dalam tubuh manusia dan juga haiwan. Fungsi utama melanin adalah untuk menjadikan rambut, kulit dan mata kelihatan lebih gelap. Ini bermakna, lebih banyak melanin, lebih hitamlah rambut anda. Bukan itu sahaja, melanin  boleh membantu melindungi wajah daripada sinaran UV. Pertumbuhan melanin dalam badan yang baik boleh menghalang proses dalam badan yang menyebabkan kanser kulit. Vitamin C bukan sahaja penting untuk melanin malah ia diperlukan untuk sel yang sihat, sekaligus memberi impak positif kepada perlindungan kulit. Pengambilan vitamin C boleh mengoptimumkan pengeluaran melanin. Oleh sebab itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu makanan seharian. Kita juga disyorkan untuk mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrien dan vitamin yang kita perlukan.

 

Khasiat vitamin C dalam sebiji oren

 Vitamin C sering dikaitkan dengan buah oren kerana kebanyakan kita percaya khasiat Vitamin C ada di dalam buah oren. Namun, ramai yang tidak mengetahui kuantiti Vitamin C di dalam sebiji buah oren. Sebiji oren mengandungi 50-70 miligram Vitamin C. Golongan seperti frontliners, warga emas, pekerja yang sentiasa stress serta mereka yang kerap sakit perlu mengambil sekurang-kurangnya 500 miligram vitamin C setiap hari untuk kekal sihat.

Ini bermakna mereka perlu makan sekurang-kurangnya 10 biji buah oren untuk meningkatkan sistem imunisasi badan mereka. Namun boleh dikatakan tidak semua golongan tadi makan buah dengan kerap.

Disebabkan itulah korang perlu mengambil supplemen untuk mencukupkan pengambilan Vitamin C harian korang. Vitamin C  daripada Shaklee iaitu Sustained Released Vita-C Plus adalah salah satu penyelesaian kepada masalah ini. Jom baca Kebaikan vitamin C daripada Shaklee.

 

Untuk konsultasi dan mendapatkan produk keluaran Shaklee boleh klik sini

Untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat diskaun untuk setiap produk keluaran Shaklee klik sini 

Untuk menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee klik sini

 

Nas Rubaee

Shaklee Independent Distributor

016-3621515

 

6 kebaikan Vitamin C yang anda perlu ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Open chat
WhatsApp Kami